|
Majlis Khatam Al-Quran Dan Bantuan Hari Raya |
|
|
|
|
Friday, 03 September 2010 10:54 |
|

3 September 2010 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, CITU dengan kerjasama PEWANI dan KKUiTM telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya 2010/1431 H di Pusat Islam, UiTM Shah Alam. Program ini diadakan bagi meraikan warga UiTM yang telah menyertai Program Tadarus Al-Quran Peringkat UiTM bermula pada 11 Ogos 2010 yang lalu. Seramai 1,200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah mengambil bahagian.
Majlis ini diserikan lagi dengan program penyampaian bantuan hari raya kepada warga UiTM yang kurang bernasib baik.Sumbangan ini telah disampaikan oleh Datin Prof. Madya Dr. Hanizah Binti Abdul Hamid, Presiden Persatuan Wanita UiTM (PEWANI). Diharapkan semoga sumbangan ini akan menambah lagi keceriaan di Hari Raya Aidilfitri nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 12 |